Terkini

PAKATAN gesa kerajaan siasat kartel polis cuba jatuhkan KPN

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PAKATAN) menggesa menteri dalam negeri menyiasat segera kewujudkan kartel yang didakwa cuba menjatuhkan ketua polis negara.

Majlis Setiausaha berkata seakan wujud usaha pihak tertentu untuk menjejaskan kebebasan dan integriti polis serta memburukkan imej dan reputasi institusi berkenaan.

“Elemen-elemen ‘kartel’ ini tidak boleh dibenarkan menyusup masuk dan mengawal polis kerana
akhirnya ia akan menghancurkan institusi tersebut,” kata gabungan itu.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN), Datuk Dr Hatta Ramli (Amanah) dan Loke Siew Fook (DAP).

Pada 18 Mac, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat kartel dalam kalangan pegawai polis yang cuba menjatuhkannya demi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun, beliau belum merancang untuk mendedahkan nama berkenaan dan menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: