Terkini

Bongkah konkrit terjatuh di MRR2 tiada kaitan projek SUKE

KUALA LUMPUR – Bongkah konkrit yang terjatuh di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi tiada kaitan dengan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd yang mengesahkan perkara itu memaklumkan bongkah konkrit terbabit terjatuh daripada sebuah lori pihak ketiga yang melalui kawasan itu.

“Kerja pengalihan dan pembersihan sudah selesai kurang daripada 30 minit dan keadaan trafik kembali seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular di media sosial hari ini mengenai gambar bongkah konkrit terjatuh di MRR2 yang dikatakan daripada projek pembinaan SUKE.

Bongkah konkrit itu dikesan berada di tengah lebuh raya selepas kawasan Hillview menghala ke Ampang di sini.

Isnin lalu, projek pembinaan SUKE dihentikan serta-merta susulan kejadian komponen kren gantri di tapak pembinaan itu jatuh dan menimpa sebuah kereta PERODUA Bezza di Persiaran Alam Damai, Cheras.

Kejadian itu menyebabkan tiga buruk warga China iaitu Ding Kunfu, Jiang Jinboa dan Tong Zheng yang dikatakan sedang melakukan kerja penyelenggaraan kren maut, manakala pemandu kereta warga tempatan dan dua lagi pekerja warga asing cedera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: