Bisnes

Tidak perlu tindas pemain industri bebas cukai yang tertekan COVID-19

Kuala Lumpur – Pengembara dan pelancong yang membeli rokok bebas cukai di lapangan terbang kini perlu menyatakan dan membayar cukai ke atas rokok bebas cukai mereka peroleh sebelum memasuki Malaysia.

“Peraturan baru ini bakal menambahkan beban ke atas peruncit bebas cukai yang kini telah merana akibat daripada pandemik COVID-19,” kata salah satu daripada peruncit bebas cukai terbesar di Malaysia.      

The ZON Duty Free – ahli Kumpulan Syarikat Atlan Holdings Bhd, telah menganggarkan bahawa kedai-kedai dibawah naungannya akan menderita akibat kerugian yang terpaksa ditanggung susulan daipada peraturan baru itu.

Masalah ini tidak sewajarnya berlaku apabila pengendali bebas cukai seperti The ZON kini menghadapi aliran trafik pelanggan yang rendah akibat daripada penutupan sempadan dan sekatan penerbangan untuk lebih dari satu tahun.   

Pengarah The ZON Duty Free (The ZON), Ong Bok Siong berkata rokok bebas cukai ialah salah satu item yang paling popular antara pengembara dan pelancong.

“Kita mempunyai ramai pelanggan yang datang ke kedai cawangan kami untuk membeli rokok tetapi akhirnya membeli barangan lain juga. Dengan menjadikan rokok bebas cukai tidak bebas cukai, kami mejangkakan akan kerugian lebih daripada jualan rokok sahaja.

“Selain itu, kami juga menjangkakan berlaku kekeliruan apabila pelanggan yang mengharapkan harga barangan bebas cukai dan kemudiannya sedar bahawa mereka perlu menyatakannya dan membayar cukai apabila mereka meninggalkan lapangan terbang dan memasuki Malaysia.

“Adakah ini pengalaman yang kita inginkan untuk pelancong luar kita terima. Secara jelasnya, Kerajaan tidak membantu sektor industri pelancongan dan peruncitan dengan meletakkan polisi ini untuk dilaksanakan. Kami menjangkakan bahawa peruncit bebas cukai akan mengurangkan pekerja, jika tidak ditutup sepenuhnya, sebelum Covid-19 berakhir,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya ingin menyeru Kerajaan Malaysia untuk melihat semula langkah  mengenakan cukai ke atas rokok bebas cukai di lapangan terbang. Sebaliknya, mengharapkan bahawa Kerajaan akan memberikan bantuan kepada sektor pelancongan dan peruncitan untuk mereka pulih dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Dalam Bajet 2021, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa cukai akan dikenakan ke atas rokok dan produk tembakau yang lain di seluruh kepulauan bebas cukai serta mana-mana kawasan bebas yang telah dibenarkan untuk menjual secara runcit produk rokok bebas cukai, yang kini sedang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penguatkuasaan itu kini sedang meninggalkan kesan ke atas operator di kepulauan bebas cukai dan kawasan bebas cukai. 

The ZON Duty Free ialah sebahagian daripada syarikat awam yang disenaraikan Duty Free International (yang dimiliki 75% oleh Atlan Holdings).

Ia mempunyai cawangan di Bukit Kayu Hitam, , Padang Besar, Pengkalan Hulu, Langkawi, Rantau Panjang, Penang International Airport, Tioman Airport, KLIA, Melaka Airport dan Johor Bahru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: