Gaya Hidup

Kelab Darul Ehsan saji bufet ramadan Ala Kampung

Kuala Lumpur – Umat Islam di seluruh dunia kini bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak beberapa hari lagi. Bulan yang sangat dinanti-nantikan kerana di dalamnya penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan serta menjanjikan ganjaran pahala yang sangat besar bagi mereka yang ingin meningkatkan amalan ketakwaan dengan penuh keimanan. 

Walaupun begitu, sudah pasti masih ramai lagi tercari-cari tempat berbuka puasa yang bersesuaian dengan bajet dan lokasi yang strategik memandangkan situasi terkini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Lembah Kelang yang membenarkan operasi bazar ramadan serta bufet berbuka puasa di hotel mahupun restoran.

Menjadi satu kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap hotel dan kelab golf akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing. Kelab Darul Ehsan (KDE) juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Pada tahun ini, KDE telah memilih tema makanan tradisi bertepatan dengan hasil gabungan citarasa makanan melayu ala kampung.

Gabungan idea cef-cef dari hotel ini yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam masakan tradisional Melayu serta seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini.

Lebih dari 50 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya adalah rendang tok, rendang ayam, sambal udang petai, ketam masak lemak,  ikan goreng berlada, ayam kuzi, kuih-muih, cendol, aneka bubur dan pelbagai lagi.

Istimewanya, juadah gulai lemak jantung pisang dan kambing golek menjadi antara menu patut cuba bagi sesiapa sahaja yang berbuka disini.

Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis hidangan mi, sate, rojak buah dan roti jala sebagai hidangan sampingan yang menyelerakan.

Sebagai pemanis mulut, pengunjung dihidangkan pelbagai aneka bubur, kuih muih, puding, buah-buahan dan rojak buah.

Memang menyelerakan dan terasa keenakan lauk tradisi yang pastinya akan mengubat rindu anda kepada masakan bonda di kampung halaman.

Menurut Cef, Puteri Intan Bazura, KDE tahun ini menyediakan juadah tradisional memandangkan ianya mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang ramadan.

“KDE mengetengahkan tema masakan tradisional untuk bufet ramadan tahun ini dan menu akan ditukar setiap hari untuk pastikan pelanggan dapat menikmati keenakan setiap juadah kami”

Cef, Puteri Intan Bazura

“Antara pilihan menu yang ditonjolkan kesemuanya membawa kita seolah-olah makan di kampung dan saya mengajak kepada semua untuk datang dan merasai sendiri pengalaman berbuka di KDE, bawa seisi keluarga dan rasa menu kami”

Pengarah urusan Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn Bhd, Dato’ Sri Mohamed Nazir Meraslam, yang merupakan pelanggan tetap bufet disini menjelaskan menu di KDE sememangnya menepati citarasanya yang meminati lauk-lauk melayu.

“Saya setiap tahun pasti akan berbuka puasa disini, memang minat dengan menu juadah disini terutama rendang tok nya yang sedap tak sama dengan tempat lain.

Pengarah urusan Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn Bhd, Dato’ Sri Mohamed Nazir Meraslam

“Alhamdulillah, setiap tahun saya akan membawa kakitangan saya juga untuk berbuka disini” katanya.

Untuk pakej, KDE menawarkan harga RM 55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Bagi tempahan awal yang dibuka sehingga 14 April ini menawarkan harga istimewa RM50 sahaja. Baucer tempahan boleh didapati dengan menghubungi 03-42511471 atau datang ke kaunter KDE.

Kemudahan surau juga disediakan untuk para pelanggan yang datang berbuka puasa di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: