Luar Negara

Pakar PBB siasat Korea Utara lancar peluru berpandu

NEW YORK: Sebuah jawatankuasa sekatan bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memfokus isu senjata nuklear Korea Utara, meminta pakarnya untuk menyiasat tindakan Pyongyang melancarkan peluru berpandu, kelmarin.

Panel itu dibarisi 15 negara yang turut berada dalam Majlis Keselamatan PBB.

Permintaan untuk siasatan pakar itu dibuat dalam satu mesyuarat tertutup jawatankuasa berkenaan, semalam.

Kelmarin, Korea Utara dilapor melancarkan dua senjata dari pantai timur negara itu yang disifatkan oleh Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, sebagai peluru berpandu balistik.

Ia adalah tindakan provokasi substantif yang pertama oleh Korea Utara sejak Joe Biden menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Januari lalu.

Jawatankuasa sekatan itu mengadakan mesyuarat selepas AS membuat permohonan segera, kelmarin.

Ketika ini, Pyongyang dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa susulan pelaksanaan program senjatanya, dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB melarang negara itu membangunkan peluru berpandu balistik.

“Hasil mesyuarat Jawatankuasa 1718, sebagai langkah pertama, panel pakar PBB akan menjalankan siasatan terhadap pelancaran peluru berpandu itu,” kata seorang diplomat yang merujuk kepada panel sekatan PBB ke atas Korea Utara.

Diplomat turut memaklumkan, Majlis Keselamatan semalam mencapai keputusan undi sebulat suara untuk melanjutkan tempoh mandat pakar PBB menyelia pelbagai sekatan ke atas Korea Utara itu, hingga 30 April 2022. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: