Terkini

Sultan seru rakyat yakin ambil suntikan vaksin

SHAH ALAM – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menyeru rakyat tidak ragu-ragu mengambil suntikan vaksin Covid-19 seperti yang digariskan dalam khutbah Jumaat.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berpesan rakyat perlu menerima baik saranan kerajaan untuk mengambil vaksin dengan mendaftar melalui SELangkah dan MySejahtera.

Kenyataan akhbar pihak istana disiarkan oleh Facebook Selangor Royal Office hari ini.

“Baginda turut menyokong gesaan dan nasihat dalam khutbah berkenaan supaya rakyat tidak perlu gusar lagi apabila menerima suntikan tersebut ketika berpuasa di bulan Ramadan.

“Ia telah diperhalusi dan dibincangkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan pada Februari lalu dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 9 Mac,” katanya.

Baginda turut memanjatkan doa agar rakyat Selangor terus dirahmati dan dilindungi daripada segala bentuk ancaman serta penularan wabak Covid-19.

“Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bersabar ketika menempuh segala penyakit yang menimpa, berdisiplin mematuhi tatacara operasi piawai dan kebiasaan baharu untuk memerangi wabak Covid-19 demi keselamatan diri serta masyarakat.

“Semoga ia dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri segera. Yakinlah di sebalik setiap kegelapan itu, pasti ada cahaya yang akan menerangi kehidupan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: