KUALA LUMPUR – Spekulasi perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, akhirnya terjawab apabila pasangan kontroversi itu akan disatukan dalam ikatan suami isteri, pagi ini.
Majlis akad nikah Neelofa dan PU Riz dijangka berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Biarpun Neelofa, mahupun PU Riz masih belum membuka mulut mengenai perkahwinan, namun sumber terdekat mengesahkan pasangan itu akan bernikah dalam satu majlis tertutup, pagi ini.
Sumber memberitahu, majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.
“Ya, Neelofa dan PU Riz akan diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup pagi ini. Bagaimanapun, ia dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” kata sumber.
