Politik

Undi 18: Perlu ada ‘Political will’ – Amiruddin Shaari

Petaling Jaya – Tangguhan kelayakan pengundi berusia 18 tahun ke atas (Undi 18) dan pendaftaran automatik melanggar keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kata Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari.

Beliau yang menjelaskan usul Undi 18 yang dicadangkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan telah dibahaskan serta diluluskan di Parlimen perlu ada keiltizaman politik untuk melaksanakannya.

“Sebahagian orang yang dalam pentadbiran kerajaan juga yang meluluskan berkenaan Undi 18 ini, mungkin ada kekangan pentadbiran dan SPR bolehlah kemukakan tetapi perlu ada political will lah”

“Saya percaya tindakan itu agak tergesa-gesa dan tidak ada political will untuk membawa perubahan tersebut” jelasnya.

Tambahnya, untuk membuat sesuatu perubahan pasti mendepani cabaran namun ianya perlu bagi sesuatu yang lebih baik.

“Nak buat perubahan pasti pada mulanya kita rasa kurang selesa, kurang biasa tetapi kadang-kadang ianya perlu untuk perubahan yang terbaik,

“Sebagai contoh dahulu Selangor pernah dipersoalkan apabila membuat sidang lebih dari seminggu dan tidak mengikut format malah protokol majlis namun sekarang orang kita dah boleh terima dan menjadi tradisi di pentadbiran kerajaan negeri” ulasnya kepada Malaysianews TV.

Beliau ditemui ketika menghadiri majlis makan malam  Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung di Hotel Sunway malam tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: