Terkini

Langgar SOP: Polis panggil pengurus acara, saksi majlis nikah Neelofa

Kuala Lumpur – Polis akan memanggil pengurus acara majlis pernikahan pelakon, Neelofa hari ini yang didakwa melanggar tatacara operasi piawai (SOP).

Ketua polis Daerah Dang Wangi berkata turut dipanggil ialah beberapa saksi lain termasuk pekerja hotel untuk memberi keterangan, lapor Sinar Harian.

“Kita sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini dijangka pengurus acara majlis berkenaan tampil untuk memberi keterangan manakala saksi lain akan dipanggil dalam masa terdekat,” kata Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau juga memberi jaminan pihaknya tidak memilih bulu dalam pelaksanaan SOP serta mengambil tindakan sewajarnya selepas kertas siasatan lengkap seterusnya diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Semalam, polis membuka kertas siasatan berhubung majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dengan pendakwah bebas, PU Riz.

Siasatan awal mendapati majlis di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: