Petaling Jaya – “Apa yang kita beri kepada rakyat setelah mereka undi kita”

Begitulah antara ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang menjelaskan setiap ahli politik tidak kira kerajaan mahu pun pembangkang seharusnya memberi khidmat terbaik kepada rakyat bukan semata-mata mengejar poket politik sendiri.

“Bagi saya, dalam kita berkhidmat ini perlu tunjukkan sesuatu kepada rakyat”

“Walaupun saya sebagai ADUN dan Ketua Penerangan Negeri, yang paling penting tunjukkan perkhidmatan kepada rakyat, sebab rakyat nak tengok sekarang ini bukannya bergaduh sesama kita tapi berkhidmat kepada rakyat” katanya.

Tambahnya lagi, isu lompat parti boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan kerana ianya dilihat mampu menganggu gugat agenda reformasi parti yang telah diatur dan diperjuangkan selama ini.

“Yang melompat sana melompat sini, bagi saya inilah satu pengkhianatan amat dasyat maksudnya bila kita nak buat sesuatu perkara yang nak kita reform dalam parti atau negeri, sedikit sebanyak menganggu dan tergugat”

“Tetapi dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin, Insya Allah saya yakin selepas ini tidak akan ada lagi isu lompat dalam negeri Selangor ini” ulasnya kepada Malaysianews TV.

Beliau ditemui dalam majlis makan malam Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung bagi menghargai jasa dan usaha jentera dan rakan-rakan yang membantunya sejak melibatkan diri dalam Parti Keadilan Nasional (PKR) sehingga dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selama 10 tahun seterusnya ADUN Seri Setia.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin, ADUN Kajang, Hee Loy Sian, ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus Mohamed Supri dan ramai lagi.


Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading