Terkini

Prebet Adam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

GEORGE TOWN – Adam Jaafar atau lebih dikenali sebagai Prebet Adam dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam, akibat jangkitan kuman pada paru-paru, lapor Bernama.

Menurut adiknya, Hawa, 56, Adam meninggal dunia pada usia 57 tahun, kira-kira 9 pagi semalam ketika menerima rawatan di HPP dan jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Datuk Keramat selepas solat zuhur.

“Sebelum ini abang memang tiada sakit apa-apa, Allahyarham sihat sahaja cuma kadang-kadang demam, itu biasalah.

“Cuma minggu lepas dia masuk hospital dan pemeriksaan doktor kata ada jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.

Hawa berkata Allahyarham, anak sulung daripada lapan beradik, adalah seorang abang yang sentiasa mengambil berat tentang adik-beradik lain.

Tambahnya, mereka sekeluarga berasa sedih dengan pemergian Allahyarham. Adam pernah menggemparkan negara selepas mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Dalam insiden tersebut, Adam telah melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan seorang lelaki yang sedang melalui kawasan itu terbunuh.

Adam yang ketika itu berusia 26 tahun terlepas hukuman mati dan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta selama 10 tahun apabila disahkan mengalami masalah kesihatan mental sewaktu tragedi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: