Luar Negara

Biden bakal lantik lelaki Muslim pertama sebagai Hakim Persekutuan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan sejarah apabila seorang lelaki berketurunan Asia-Amerika bakal menjadi Muslim pertama yang akan memegang jawatan sebagai Hakim Persekutuan Mahkamah Daerah negara itu.

Portal tempatan AA melaporkan, Presidennya, Joe Biden sedang mempertimbangkan perkara itu.Jika dipersetujui Senat, difahamkan Zahid Quraishi bakal mengisi jawatan itu di New Jersey.

Sebelas daripada calon hakim yang dikemukakan Biden, termasuk tiga wanita kulit hitam dan wanita Asian-Amerika, akan berkhidmat di Columbia serta Maryland.

Biden menjelaskan, pencalonan itu adalah dalam kalangan mereka yang terbaik dalam profesional undang-undang.

“Setiap daripada mereka mempunyai kelayakan serta bersedia menegakkan Perlembagaan dan bersifat adil,” katanya.

Quraishi yang berketurunan Pakistan itu dicalonkan sebagai Hakim Persekutuan, juga adalah muslim Amerika pertama menjadi hakim mahkamah majistret di daerah New Jersey pada Jun 2019.

Dilahirkan di New York dan dibesarkan di New Jersey, Quraishi mendapat pendidikan dari Sekolah UNdang-undang, John Jay College of Criminal Justice in 1997 dan mnelanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Rutgers Law School pada 2000.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong pendakwa raya AS di daerah New Jersey selain mempunyai pengalaman bertugas sebagai penolong ketua penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: