Terkini

Masa untuk mengawal selia industri vape Malaysia

KUALA LUMPUR–  Kerajaan Malaysia seharusnya mengambil langkah meluaskan sumber hasil dengan mengawal selia dan mengenakan cukai ke atas industri baharu yang belum dikawal selia seperti sektor vape tempatan yang bernilai berbilion Ringgit untuk menjamin pemulihan ekonomi, menurut pakar penganalisis pelaburan dan ekonomi, Pankaj Kumar, dalam satu kenyataan akhbar hari ini. 

Ulasan Pankaj dibuat berikutan penerbitan laporan Penilaian Ekonomi dan Wang Bank Negara Malaysia 2020 pada 31 Mac 2021. Pankaj berkata, “Walaupun Bank Negara telah meramalkan pemulihan ekonomi pada kadar antara 6% dan 7.5% bagi 2021, berbanding penyusutan 5.6% tahun lepas, kita masih perlu berwaspada.”

“Ekonomi tetap menghadapi risiko ketidakpastian akibat pandemik Covid-19, kemungkinan berlaku kejutan komoditi dan masalah yang mungkin timbul berkaitan dengan pemberian vaksin. Di samping itu, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK telah melonjak ke angka tertinggi baharu iaitu mencecah 93.3% manakala hutang kerajaan persekutuan telah meningkat kepada 62.2% daripada KDNK nominal menjelang akhir Disember 2020, berbanding 52.5% setahun lepas,” ujar Pankaj. 

“Sesungguhnya kita perlu mencari sumber hasil baharu dan industri belum dicukai seperti sektor vape Malaysia, yang boleh menjana sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi,” tambah Pankaj. 

Pakar penganalisis pelaburan dan ekonomi, Pankaj Kumar

Menurut Pankaj, sektor vape mendapat perhatian beliau berikutan satu kajian baharu kendalian Grand View Research, Inc. yang meramalkan bahawa saiz pasaran vape global akan mencecah USD67.31 bilion (RM279.10 bilion) menjelang 2027, mencatatkan kadar pertumbuhan terkompaun tahunan sebanyak 23.8% dari segi hasil antara 2020 hingga 2027. “Dalam pada itu, industri vape Malaysia juga turut sama berkembang untuk menjadi industri yang bernilai RM2.27 bilion, dengan 3,300 perniagaan berkaitan yang mempunyai tenaga kerja kira-kira 15,000 kakitangan. Kerajaan berpotensi menjana hasil tambahan berjumlah RM300 juta jika cukai diperluas untuk merangkumi e-cecair vape nikotin,” katanya, sambil memetik laporan yang dikeluarkan oleh Dewan Perniagaan Vape Malaysia (MVCC) pada bulan Februari 2021,

Pankaj menyambung, “Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan vape mempunyai kesan kurang memudaratkan berbanding produk tembakau seperti rokok dan ini merupakan faktor penting dalam ledakan pertumbuhan industri di peringkat global. 

“Satu contoh yang baik pertumbuhan pesat ini ialah firma vape utama China, RLK Technology Inc., yang dilaporkan meraih dana berjumlah USD1.4 bilion (RM5.80 bilion) menerusi Tawaran Awam Awal di Bursa Saham New York pada bulan Januari tahun ini. Syarikat tersebut kini mempunyai modal pasaran USD16.1 bilion (RM66.76 bilion),” katanya. 

Pankaj menambah, “Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah awal yang baik dengan mengenakan duti eksais ke atas peranti dan produk vape mulai 1 Januari 2021. Bagaimanapun, ini hanya meliputi produk bukan nikotin, yang merupakan sebahagian kecil daripada pasaran. 

“Kita perlu melaksanakan peraturan komprehensif dan dasar percukaian praktikal yang meliputi seluruh sektor vape, termasuk produk vape nikotin untuk membolehkan sektor vape Malaysia memberi sumbangan kepada hasil cukai, menambah peluang pekerjaan yang dicipta dan seterusnya berpotensi menggalakkan pelaburan langsung asing,” rumus Pankaj.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: