Terkini

MyCar sumbang keperluan asas kepada petugas media, bakal kembang platform di Asia Tenggara

Shah Alam – Sebagai salah satu usaha kebajikan, penyedia perkhidmatan E-hailing, MyCar turun padang membantu petugas media yang terkesan pendapatan berikutan pandemik Covid-19.

MyCar menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung dan sebagainya kepada 20 penerima.

Pengerusi Eksekutif MyCar, Datuk Noor Sheena berkata, pihak MyCar akan sentiasa prihatin dan berusaha membantu petugas media yang terjejas. Ini kerana kejayaan MyCar bertitik tolak dengan promosi dan publisiti media yang banyak membantu.

“Insya Allah, MyCar akan sentiasa komited membantu petugas media yang terjejas dengan memberi sumbangan keperluan asas menjelang Ramadan dan hari raya” katanya ketika sidang media.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Noah Maideen berkata, MyCar akan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan platform di bawah aplikasi MyCar 3.0 yang akan dikembangkan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara.

“Dalam masa terdekat ini, kita merancang untuk memulakan operasi di Indonesia pada Mei dan Singapura, Julai nanti. Kita pilih Indonesia kerana pemandu-pemandu di sana tahu bahawa MyCar adalah e-hailing kedua di Malaysia dan merupakan aplikasi pertama dari Malaysia yang akan beroperasi di negara berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, MyCar akan memastikan perkhidmatan di negara mana yang bakal kita beroperasi, semuanya dilaksanakan mengikut proses undang-undang yang ada di negara tersebut, termasuklah dari segi penggunaan bahasa.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Noah Maideen

“Memandangkan MyCar adalah platform kita sendiri, jika mendapat permintaan daripada pihak luar, kita akan pergi ke negara tersebut. Kita boleh membuat perkhidmatan di mana-mana negara dan benua yang lain. Ini adalah satu produk negara yang akan kita eksport ke negara lain” katanya.

Selain itu, pihak MyCar juga bercadang untuk membuka sebuah kafe iaitu MyMakan Kafe yang bakal beroperasi selepas raya.

MyMakan menawarkan komisyen yang lebih rendah berbanding dengan aplikasi makan lain. Beliau berharap dengan adanya MyMakan dapat memberi alternatif yang terbaik kepada pengguna yang mencari makanan halal.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM), Mohamad Azfar Afandi Zulkefly dan bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: