Terkini

Taylor’s College, Yayasan Peneraju Bekerjasama Dalam Menerajui Program Pensijilian Perakaunan (MICPA)

Taylor’s College dan Yayasan Peneraju telah memeterai usaha sama bagi menawarkan biasiswa kepada pelajar Bumiputera dalam menerajui program pensijilan perakaunan
MICPA.

Pengarah Taylor’s College, Josephine Tan menyatakan kerjasama yang dijalankan bakal memanfaatkan pelajar-pelajar Bumiputera yang ingin melanjutkan pengajian mereka di jurusan ini.

“Di kala rakyat menghadapi kegawatan ekonomi ini, pelajar-pelajar Bumiputera masih ingin meneruskan pengajian di jurusan yang diidamkan. Justeru itu, matlamat Taylor’s College untuk merealisasikan impian pelajar adalah sejajar dengan Yayasan Peneraju yang acapkali telah melahirkan ribuan graduan professional dalam jurusan perakaunan.

“Kami berharap, kerjasama yang dimeterai antara Taylor’s College dan Yayasan Peneraju akan melahirkan graduan professional, sejajar dengan pemacuan ke arah negara maju,” katanya.

(L to R) Ts Mohd Muzzammil Ismail, Yayasan Peneraju CEO, and Josephine Tan, Taylor’s College campus director at the LOU signing ceremony, signaling a partnership to financially enable Bumiputera students to pursue a MICPA-CAANZ certification at the college.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Muzzammil Ismail berkata, kerjasama strategik ini adalah manifestasi kerajaan Malaysia untuk membuka peluang pengajian kepada Bumiputera yang berkelayakan, sekaligus melahirkan modal insaniah di dalam jurusan perakaunan.

Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Peneraju telah diamanahkan untuk menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada Bumiputera bagi melahirkan graduan Bumiputera yang terbilang dan gemilang di sektor ekonomi berimpak tinggi.

Beliau berkata, program perakaunan itu adalah salah satu bidang utama di mana ianya kurang mendapat sambutan dan penyertaan Bumiputera adalah sangat rendah.

“Oleh itu, usaha perlu dipergiatkan untuk memupuk dan membangunkan bakat-bakat Bumiputera ke tahap yang tertinggi dalam kerjaya bidang perakaunan dan kewangan,” katanya.

Sehingga kini, Yayasan Peneraju telah berjaya melahirkan hampir 5,000 akauntan profesional Bumiputera dan akan terus melahirkan lebih daripada 10,000 akauntan profesional menjelang tahun 2025 untuk memenuhi keperluan ekonomi yang sedang berkembang dengan pesat.

Sementara itu, pelajar Taylor’s College, Mohamad Annas Safwan Mohamad Zaki berterima kasih atas tajaan biasiswanya kerana dia dapat mencapai impiannya tanpa bebanan kewangan, di sebuah institusi yang memberikan sokongan yang sangat baik kepadanya.

“Program Biasiswa Yayasan Peneraju telah memberi saya peluang untuk mengikuti Program MICPA tanpa perlu merasa risau tentang bebanan kewangan. Secara peribadi, penajaan ini bermaksud saya diiktiraf, dan itu membuatkan saya lebih bermotivasi kerana saya yakin bahawa usaha saya sangat berbaloi dan dapat merealisasikan impian saya.

“Saya menghargai keperihatinan pihak Taylor’s dalam memahami cabaran yang dihadapi oleh pelajar sambilan yang perlu mengagihkan masa dan komitmen antara pekerjaan, pembelajaran dan keluarga.

“Oleh itu, saya percaya program Taylor’s – MICPA telah disusun untuk mengikuti keperluan kami dengan menyediakan tenaga pengajar yang terbaik, bahan pembelajaran yang komprehensif dan sistem sokongan yang hebat untuk pengajian kami,” katanya.

Graduan Program MICPA akan memperoleh dua kelayakan profesional – Akauntan Awam Bertauliah (Malaysia) dan Akauntan Berkanun (ANZ).

Sementara itu, Josephine Tan mengatakan bahawa pelajar yang mengikuti program di Taylor’s, akan mendapat manfaat daripada infrastruktur pembelajaran digital di kolej yang memberi mereka fleksibiliti untuk belajar bila-bila masa dan di mana sahaja, serta menerima perhatian yang menyeluruh daripada pensyarah yang berpengalaman dan berkelayakan.

“Pelajar kami akan dibahagikan dalam kelompok yang kecil, oleh itu ramai pelajar kami berpendapat bahawa pensyarah di kolej telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan baik – bukan hanya dalam pelajaran mereka, tetapi juga dari segi aspek-aspek kehidupan yang lain,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa Yayasan Peneraju untuk program MICPA, sila melayari laman web Taylor’s College di college.taylors.edu.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: