Hiburan

Beri saya ruang selesaikan secara profesional – Neelofa

Putrajaya – Pengacara dan pelakon, Neelofa, mohon diberikan ruang untuk menyelesaikan isu berkaitan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang tular dan hangat diperkatakan sejak seminggu lalu secara tertutup.

Menurut Neelofa, atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, isu berkenaan pelanggaran SOP ketika majlis pernikahan dan dakwaan menyalahguna kebenaran rentas negeri itu mahu diselesaikan secara profesional dan tanpa tekanan mana-mana pihak.

“Berikan ruang supaya saya boleh selesaikan perkara ini secara profesional bersama pihak yang berkenaan (polis).

“Itu sahaja yang saya minta kerana tidak mahu memudaratkan keadaan. Bagi saya ruang untuk selesaikan dengan baik tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan,” tegasnya.

Tambah isteri kepada pendakwah dan pelakon, Haris Ismail itu lagi, dia tidak perlu menjelaskan secara terperinci berkenaan isu tersebut secara terbuka kepada umum.

“Saya rasa tak perlu jawab secara terperinci di sini. Bagi saya selesaikan dengan cara saya tersendiri secara tertutup dan profesional dengan pihak berkenaan sahaja.

“Kalau ada tindakan atau tiada tindakan (dariapda pihak berkuasa), itu saya akan selesaikan sendiri,” katanya.

Neelofa yang ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Fipper dan aplikasi The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, usahawan terkenal itu turut menjelaskan, kunjungannya ke Langkawi baru-baru ini adalah atas urusan kerja yang telah dirancang sejak awal.

“Segala kerja saya selalunya telah dirancang lebih awal, sama ada sebulan atau sebulan lebih sebelumnya dan bukan dibuat secara spontan.

“Saya mahu selesaikan semua kerja berkaitan kerjasama dengan pihak terbabit sebelum Ramadan ini. Alhamdulillah ia dapat diselesaikan dengan baik sepanjang berada di sana.

“Saya tak perlu cakap pun apa yang saya buat atau kenapa saya buat itu dan ini. Saya ada sebab-sebab tersendiri mengikut keadaan dan keperluan saya ketika itu,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan memanggil Neelofa dan suaminya, Haris Ismail berhubung dakwaan berlaku pelanggaran SOP Ketika berada di Langkawi dan akan dikompaun jika siasatan polis mendapati dakwaan tersebut benar.

Pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 27 Mac lalu itu berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja berkaitan pembukaan cawangan francais jenama minuman terkenal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: