Hiburan

Elly Mazlein hamil anak kedua

KUALA LUMPUR – Spekulasi kehamilan Elly Mazlein terjawab apabila artis serba boleh itu mengesahkan dirinya berbadan dua.

Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi berita gembira itu di laman sosial, malam tadi.

“Alhamdulillah… Iya, saya mengandung. Insya-Allah, tidak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami.

“Atuk akan dapat seorang cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak manja (merujuk pada anak sulungnya) akan dapat adik.

“Manja (Putri Sara Sefhia) hendak adik perempuan. Tetapi bagi kami, apa pun jantinanya, kami tak kisah asalkan bayi itu sihat dan dipermudahkan,” luahnya.

Bagaimanapun, Elly tidak mendedahkan usia kandungannya.

Menerusi entri itu, penyanyi yang baru muncul dengan single Dusta Cinta ini turut memuat naik foto bersama suami, Azlan Che Nuh yang dirakam pada majlis perkahwinan mereka, tahun lalu.

Perkongsian itu turut menyaksikan pelakon drama rantaian Kampung People ini merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak jemu mendoakan mereka segera menimang cahaya mata.

“Terima kasih atas doa wahai kesayangan semua. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagiaan datang menerpa.

“Doa saya agar Allah permudahkan urusan anda semua,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom

Desas-desus mengenai Elly mengandung diperkatakan apabila peminat mula menyedari perubahan fizikal dirinya. Malah, dalam video TikTok SuriaFM yang memaparkan Elly, menampakkan bahagian perutnya yang berisi.

Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang berusia lima tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: