Terkini

Projek ECRL: Selangor tidak sediakan tanah jika guna jajaran utara

SHAH ALAM – Selangor tidak akan memberikan tanah kepada kerajaan persekutuan bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sekiranya masih berkeras mahu menggunakan jajaran utara yang dicadangkan pada era Barisan Nasional (BN).

EXCO pelaburan berkata pengumuman dibuat Putrajaya hari ini tidak ubah seperti pembuli yang membuat keputusan sebelah pihak selepas gagal meyakinkan Kerajaan Selangor.

“Di bawah Seksyen 20A Akta Perancangan Bandar dan Desa, kerajaan persekutuan perlu berunding dengan jawatankuasa perancangan negeri untuk pembangunan berkenaan.

“Rundingan itu bagi memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak dan bukannya satu pihak membuat keputusan,” kata Dato’ Teng Chang Khim menerusi Facebook.

Tambah Chang Khim, keputusan berubah-ubah dibuat Kementerian Pengangkutan mensia-siakan usaha Kerajaan Negeri yang telah menjalankan kerja awal membabitkan tanah di jajaran selatan.

Hari ini, Kementerian Pengangkutan mengumumkan projek ECRL akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asal seperti yang dicadangkan pada 2016-2017, iaitu jajaran utara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata anggaran kos pembinaan projek adalah sebanyak RM50 bilion.

Sebelum ini, Selangor kekal dengan pendirian projek itu dibina melalui jajaran selatan membabitkan Hulu Langat Sepang dan Pelabuhan Barat.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu mengambil kira penjimatan kos, tidak menjejaskan banyak penempatan dan memelihara kawasan hutan simpan serta tadahan air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: