Gaya Hidup

Pizza Hut Hantar Pizza Panas Guna Supercar

Pizza Hut baru sahaja melancarkan cara penghantaran terhebat untuk menghantar pizza lazat mereka; dengan menggunakan salah satu kereta terpantas di dunia.

Kempen ini merupakan salah satu inisiatif Pizza Hut untuk sentiasa memberikan keseronokan dan keceriaan kepada pelanggan apabila menerima makanan penghantaran dan mengukir kenangan manis serta luar biasa yang tidak dapat dilupakan dengan kejutan yang paling tidak dijangka sempena sambutan hari April Fool’s.

“Pizza Hut memang sentiasa terkenal untuk memberikan lebih dari sekadar pizza kepada
pelanggan-pelanggan yang disayangi, – semua yang kami lakukan adalah untuk meraikan
pizza itu sendiri, dan kemampuannya untuk mengubah keadaan biasa menjadikannya sebuah pengalaman menyeronokkan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Pada tahun ini, cara apa lagi yang lebih baik dari meraikan dan menyuntik keseronokan pada Hari April Fool’s daripada dengan melayan pelanggan kami dengan kelainan yang tidak dijangka melalui khidmat penghantaran kami,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Kami sentiasa percaya bahawa untuk menunggu penghantaran pizza seharusnya menyenangkan dan menggembirakan sama seperti apabila anda menikmati pizza anda.

“Jadi, kami telah membuat penghantaran hari ini dipertingkatkan lagi dengan kenderaan terhebat bagi menjadikan setiap saat penghantaran sebagai pengalaman hebat yang selalu
diharapkan dari Pizza Hut.”

Adakah anda bersedia untuk menerima penghantaran pizza panas dan lazat kegemaran anda di hadapan pintu rumah? Dengan hanya satu klik pesanan di http://www.pizzahut.com.my atau Pizza Hut App, pizza anda mungkin akan tiba dalam sekelip mata.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://www.pizzahut.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: