Gaya Hidup

realme kolabrasi bersama Watson bawa teknologi kesihatan

PETALING JAYA- realme Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi dengan jenama Watsons khas buat peminat realme untuk membeli rangkaian produk penjagaan diri realme M1 Sonic Electric Tootbrush secara alternatif di rangkaian kedai Watsons terpilih dengan lebih mudah.

Tidak lagi perlu menunggu bungkusan tiba, tetapi lebih mudah dan dapat digunakan terus selepas membelinya di kedai Watsons.

“Kami di realme Malaysia sangat komited dalam memastikan setiap orang dapat mengakses inovasi
terbesar peranti penjagaan diri dengan lebih mudah. Kerjasama ini juga sejajar dengan tujuan Watsons untuk membantu orang ramai untuk tampil lebih kemas dan berkeyakinan dengan produk penjagaan diri. Sebagai negara pertama yang memulakan perkongsian jangka panjang ini, kami membawa realme M1 Sonic Electric Toothbrush ke kedai Watsons terpilih. Produk penjagaan diri premium ini agak menonjol jika dibandingkan dengan pesaing terutama pada segmen harga dan keberkesanannya dalam mengekalkan penjagaan mulut dengan Motor Sonic Frekuensi Tinggi yang dapat bergetar hingga 34,000 kali seminit,” kata Hunter Wang, CEO realme Malaysia.

“Sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka di Malaysia, kami berbesar hati menawarkan produk dan produk terbaik yang terdapat di pasaran kepada pelanggan dan ahli kami. Dengan kerjasama ini dengan realme, ini merupakan peluang untuk meneruskan usaha kami untuk menyediakan yang baru, eksklusif, dan produk berkualiti tinggi yang inovatif di rangkaian kedai kami.” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watson’s Malaysia.

Berus gigi elektrik dari realme ini mampu menjaga kebersihan mulut pengguna secara berkesan dengan Dupont 99,99% Antibacterial Bristles dan Frekuensi Tinggi Sonic Motor yang dapat bergetar hingga 34,000 kali seminit. Selain itu, peranti ini juga menggunakan pengecasan tanpa wayar pantas dengan penggunaan selama 90 hari untuk sekali cas.

Rakyat Malaysia kini dapat membeli berus gigi realme M1 Sonic Electric yang berharga RM199 dengan mengunjungi kedai Watsons terpilih di Malaysia. Bukan hanya itu, ia juga boleh didapati untuk pembelian dalam talian melalui Watsons eStore di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: