Terkini

Selangor tunggu SOP MKN pengendalian bazar Ramadan

SUNGAI BESAR – Kerajaan Selangor masih menunggu prosedur operasi standard (SOP) daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengendalian bazar Ramadan di negeri itu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Selangor (Pengurusan), Datuk Zamani Ahmad Mansor, berkata, pengumuman mengenai SOP berkenaan akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini, kita ikut SOP bagi pengendalian bazar Ramadan mengikut seperti disarankan di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Namun, SOP di peringkat kita (Selangor), ia mungkin berubah-ubah mengikut keadaan sama ada pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh kawal atau tidak,” katanya pada Majlis Aspresiasi dan Sanjungan Budi 2020 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Dewan Seri Bernam, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MDSB, Azman Dahlan.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala SOP daripada MKN akan diperhalusi dan dibincangkan sebelum keputusan mengenainya dimuktamadkan.

“Sebenarnya, SOP (pengendalian bazar Ramadan di Selangor) pada masa ini dilaksanakan seperti pengendalian pasar malam.

“Namun, sebarang perubahan akan dimaklumkan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: