Terkini

88% bekas perokok berkata vape membantu mereka berhenti

KUALA LUMPUR – Tinjau selidik yang dikelolakan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), mendedahkan bahawa 88% daripada pengguna vape Malaysia yang dulunya menghisap rokok kini telah berjaya berhenti merokok dengan bantuan vape. 

Tinjauan yang sama juga mendapati 79%, yang kini menggunakan vape dan pada masa yang sama menghisap rokok biasa, sudah kurang merokok sejak menggunakan vape dan 66% daripada perokok sedia ada akan mula menggunakan vape atau meneruskan penggunaan vape dengan matlamat untuk berhenti merokok secara sepenuhnya. 

Penemuan ini didapati hasil tinjau selidik Malaysian Insights & Perspectives on Vape, (Pandangan & Perspektif Rakyat Malaysia tentang Vape), iaitu tinjauan pendapat yang dijalankan atas permintaan MVIA dan dikendalikan oleh Green Zebras, sebuah syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Malaysia. 

Rizani Zakaria, Presiden MVIA

Rizani Zakaria, Presiden MVIA berkata, “Keputusan ini adalah sejajar dengan banyak kajian antarabangsa oleh pakar-pakar kesihatan awam terkemuka yang jelas menunjukkan vape sebagai alat yang berkesan untuk membantu perokok berhenti merokok dan merupakan alternatif yang jauh kurang mudarat. Penemuan terbaharu daripada Public Health England (PHE), sebuah agensi kesihatan UK, merupakan bukti jelas yang menunjukkan keberkesanan produk vape dalam kejayaan berhenti merokok.”

“Penemuan-penemuan ini telah mendorong banyak kerajaan di merata dunia untuk melancarkan kempen kesedaran bagi menggalakkan perokok berhenti dengan bertukar kepada vape. Di UK, Kerajaan menganjurkan kempen Stoptober tahunan pada bulan Oktober untuk mendorong perokok untuk bertukar kepada vape. Baru-baru ini, Kerajaan New Zealand juga melancarkan kempen QuitStrong untuk mencapai matlamat yang sama.”

Tinjau selidik ini juga mendapati bahawa 56% daripada rakyat Malaysia secara keseluruhannya berkata bilangan orang yang menggunakan vape semakin meningkat dalam tempoh beberapa tahun lepas dan sebab utamanya ialah penggunaan vape dianggap kurang mudarat daripada merokok (59%). 

“Inilah faktor penting mengapa ramai orang berhenti merokok dan bertukar kepada vape dan PHE menyatakan bahawa penggunaan vape adalah 95% kurang berbahaya berbanding menghisap rokok. Penemuan PHE juga telah disokong oleh pelbagai agensi kesihatan awam dan pakar antarabangsa.” 

“Kerajaan Malaysia perlu mengiktiraf manfaat menggunakan vape, terutamanya potensinya untuk membantu perokok berhenti merokok dengan bertukar kepada produk kurang mudarat. Buat masa ini, produk vape masih tidak dikawal selia dan kami percaya sudah tiba masanya Kerajaan memperkenalkan peraturan terhadap produk dan mengguna pakai dasar-dasar yang akan menggalakkan perokok bertukar kepada vape yang kurang mudarat,” ujar Rizani.

Dengan matlamat memahami persepsi rakyat Malaysia terhadap penggunaan vape, tinjau selidik Malaysian Insights & Perspectives on Vape telah meninjau pandangan penduduk tempatan tentang kesan ekonomi vape dan juga pandangan mereka terhadap penggunaan vape sebagai cara membantu perokok berhenti merokok. Tinjau selidik ini melibatkan sampel seramai 1,025 dewasa Malaysia dan mencerminkan persepsi semua dewasa Malaysia di seluruh negara. 

Mengenai MVIA

MVIA ialah sebuah kumpulan kepentingan khusus yang tidak berlandaskan keuntungan dalam menyokong usahawan dan perniagaan vape Malaysia. Matlamatnya ialah untuk mewakili industri vape dengan menyampaikan suara industri kepada badan kerajaan, pihak berkuasa kawal selia, agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Mengenai Green Zebras 

Green Zebras ialah agensi penyelidikan pasaran terkhusus yang unik di Malaysia, menawarkan penyelesaian penyelidikan pasaran secara kuantitatif dan kualitatif yang memberi kefahaman yang bermakna. Firma ini dianggotai oleh rangkaian profesional kanan yang berpengalaman daripada syarikat-syarikat penyelidikan pasaran besar, jenama-jenama besar, dan ahli-ahli akademik. Green Zebras menawarkan pelbagai penyelesaian penyelidikan pasaran lazim, alternatif, dan digital dari seluruh dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: