Bisnes

Giant berwajah baharu, tawar kepuasan berbelanja


Petaling Jaya – Pasar raya besar Giant kini berwajah baharu dengan memfokuskan kepada produk berkualiti dan segar di 57 cawangan seluruh negara.

Giant yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1944 memperkenalkan lebih 2,000 produk baharu merangkumi makanan segar, barang keperluan harian dan kelengkapan rumah.

Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar menyempurnakan perasmian Giant baharu

Pasar raya dimiliki GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd itu turut menawarkan diskaun sehingga 50 peratus kepada lebih 100 barangan terpilih sempena pelancarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Asia Tenggara Dairy Farm, Chris Bush menjelaskan, pihaknya menawarkan harga berpatutan untuk pelanggan khususnya sekaligus pilihan barangan yang pelbagai.

Menurutnya, penjenamaan semula Giant dengan logo baharu itu dilakukan mengikut kehendak dan kepuasan pengguna.

“Selepas mendengar suara pengguna, hasilnya pada hari ini kita menaik taraf operasi pasar raya, tahap kebersihan, kepelbagaian produk dan tahap perkhidmatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Makanan Asia Tenggara Dairy Farm, Chris Bush

“Kita berbangga dengan dengan perjalanan Giant yang menerajui sektor peruncitan di Malaysia. Kita akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kerana kita memahami pentingnya pelanggan,” katanya ketika pelancaran wajah baharu pasar raya besar Giant di Kota Damansara di sini pada Khamis.

Perasmiannya disempurnakan Lembaga Pengarah GCH Retail Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

Antara penambah baikan yang dilakukan termasuk World of Food dengan memperbanyakkan variasi pilihan makanan merangkumi produk dari luar negara serta keluaran tempatan.

Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar melihat produk minyak masak keluaran Giant

Turut disediakan ialah bahagian baharu iaitu Zon Ringgit dengan pelbagai barangan berharga RM3 seperti kelengkapan dapur, penjagaan diri dan makanan ringan bagi memudahkan pelanggan untuk berbelanja.

Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar melawat zon RM3

Wajah baharu pasar raya tersebut dapat dilihat di bahagian barangan basah dan kering dengan pilihan belian secara timbang dan paket.

Tidak dilupakan ialah bahagian keperluan am dengan penyediaan lebih 700 produk baharu daripada alat memasak dan peralatan dapur, permainan kanak-kanak dan zon penjagaan diri di Guardian, Health and Beauty Care.

Uniform baharu kaki tangan Giant

Tambahnya, dengan penjenamaan ini dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan untuk berbelanja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: