Terkini

PPMM terus proaktif bantu pengguna

Kuala Lumpur – Isu penindasan terhadap pengguna seringkali menjadi topik yang tidak berkesudahan sekiranya tidak dibawa ke depan untuk tindakan undang-undang diambil bagi menanganinya.

Justeru, Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) melihat sudah sampai masanya hak pengguna dibangkitkan bagi mengelakkan pihak tidak bertanggung jawab terus mengeksploitasi mahu pun mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Presiden, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata pelbagai isu penindasan dan juga penipuan yang melibatkan pengguna namun tiada tindakan berikutan tidak tahu dimana dan bagaimana aduan perlu dibuat.

“Kita sedia maklum banyak kes-kes penindasan dan penipuan seperti penipuan bengkel kereta yang cuba menekan pengguna dengan harga yang tidak sepatutnya, kes yang melibatkan pinjaman ah long, penipuan dalam talian dan banyak lagi”.

“Ada juga yang aduan yang kami terima, pengguna ditipu oleh syarikat insuran dalam kes pemalsuan tanda tangan dan Insya Allah kes itu akan dibawa untuk tindakan undang-undang tidak lama lagi” katanya.

Beliau turut menambah, peranan persatuan akan sentiasa bergerak dengan proaktif dan memastikan hak pengguna dapat dilindungi.

Presiden PPMM, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan dan penaung Datuk Jawahar Ali Taib Khan

Penaung persatuan, Datuk Jawahar Ali Taib Khan menjelaskan persatuan akan menfokuskan penambah baikan dan meningkatkan jumlah ahli persatuan dari masa ke semasa.

“Insya Allah, kita akan bermesyuarat esok dan antara perkara yang akan dibincangkan adalah bagaimana persatuan dan ahli dapat menjana pendapatan dan kita juga akan melihat apa yang boleh kita lakukan dan bantu perkara ini”

“Selain itu, perkara lain yang akan dibincangkan adalah bagaimana pihak persatuan dapat berkerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam menangani isu semasa” katanya dalam satu sidang media.

Mereka ditemui dalam satu majlis makan malam sempena perasmian mesyuarat agong Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) kali ketiga di hotel Perdana, Kuala Lumpur malam tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: