Terkini

Pod, cecair vape lebih RM300,000 dirampas

TANAH MERAH – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 809 pod vape dan 2,780 botol cecair vape pelbagai jenis serta jenama dianggarkan bernilai RM310,360.

Rampasan dibuat di Kampung Limau Purut di sini pagi semalam hasil penemuan sepasukan anggota yang melakukan rondaan di Pangkalan Haram Awang Bunga di sini.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof, berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat awam mengenai penyeludupan peralatan dan cecair vape dari Malaysia ke Thailand menerusi pangkalan haram sekitar kampung terbabit.

“Susulan maklumat itu, pada jam 6.50 pagi semalam, anggota kami membuat rondaan dan pemantauan di Pangkalan Haram Awang Bunga sebelum menemui beberapa kotak berwarna coklat berada di tepi sungai.

“Sebaik pemeriksaan dilakukan mendapati semua kotak itu mengandungi 809 pod dan 2,780 botol cecair vape pelbagai jenis serta jenama.

“Usaha mengesan pemilik peralatan itu dilakukan di sekitar kampung namun gagal dan semua rampasan dibawa ke Kompani Taktikal Taman Bakti, Rantau Panjang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nor Azizan berkata, pod dan cecair vape itu dipercayai akan diseludup ke Thailand melalui pangkalan haram terbabit dan laporan dibuat di Balai Polis Lalang Pepuy.

Menurutnya semua pod vape akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan disiasat mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967, manakala botol berisi cecair vape pula akan diserah kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk siasatan menerusi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.

“Kawalan sempadan akan terus diperketatkan bagi memerangi jenayah rentas sempadan walau dalam apa jua bentuk dan keadaan.

“Kerjasama daripada masyarakat setempat amat diperlukan terutama dalam menyalurkan maklumat supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: