Terkini

Remaja 18 tahun kena kompaun RM3,000

PEKAN – Seorang remaja berumur 18 tahun dikompaun RM3,000 kerana didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Taman Mentiga Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof, berkata berdasarkan laporan, perbuatan remaja terbabit dikesan pasukan Pemantau Team Alpha COVID-19 pada jam 9.40 malam.

Katanya, remaja terbabit dikompuan kerana ingkar arahan keluar dan masuk ke kawasan PKPD tanpa kebenaran polis dengan keluar halangan dan kawat berduri yang dipasang di Taman Mentiga Jaya menuju ke perumahan Dato Shahbandar Pekan.

“Dengan pelanggaran PKPD itu, kompaun RM3,000 dikeluarkan terhadap remaja itu atas kesalahan mengikut Peraturan 6 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan)(No.3) 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk yang kawasan mereka dikenakan PKPD supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Berkuat kuasa 9 hingga 22 April ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lima taman perumahan dan perkampungan di daerah itu.

Lima kawasan itu membabitkan perumahan di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengenal pasti wujud Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah itu membabitkan pekerja kilang menetap di kawasan terbabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: