Luar Negara

India larang eksport ubat rawatan COVID-19 remdesivir

NEW DELHI – India semalam melarang eksport ubat remdesivir bagi rawatan COVID-19 berikutan kadar jangkitan harian coronavirus itu semakin tinggi.

Hospital kini bergelut dengan pertambahan permintaan remdesivir bagi rawatan COVID-19 dan bekalan sedia ada dikhuatiri tidak cukup untuk menampung keperluan domestik.

Negara berpenduduk kedua paling ramai di dunia itu mengalami peningkatan mendadak kes sejak dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Hari ini, 169,899 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 13.5 juta jangkitan termasuk 170,209 kematian.

Kementerian Kesihatan India berkata lonjakan kes mengakibatkan ‘permintaan meningkat secara mendadak’ untuk ubat antiviral remdesivir.

“Ada kemungkinan peningkatan permintaan akan meningkat lagi dalam masa terdekat ini.

“Justeru, larangan eksport akan dikenakan hingga keadaan bertambah baik,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Remdesivir, ubat yang dihasilkan syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Gilead, adalah ubat pertama yang menunjukkan kesan relatif dalam memendekkan masa pemulihan bagi beberapa pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, kajian yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendakwa ubat itu hanya mempunyai ‘sedikit atau tiada kesan’ terhadap kematian pesakit COVID-19.

Gilead tahun lalu menandatangani perjanjian pelesenan dengan pengeluar farmaseutikal generik berpusat di India, Pakistan dan Mesir, membolehkan mereka mengeluarkan remdesivir bagi 127 negara berpendapatan rendah serta sederhana.

Tujuh syarikat di India yang juga pengeluar ubat-ubatan generik terbesar di dunia dilesenkan untuk mengeluarkan remdesivir.

Tambah kementerian itu, syarikat berkenaan diberi kebenaran mengeluarkan kapasiti bulanan hingga 3.88 juta dos suntikan.

Larangan eksport remdesivir itu diumum ketika negeri terkaya di India, Maharashtra, yang juga penyumbang utama jangkitan COVID-19, diarahkan dikenakan perintah berkurung sepenuhnya sejak seminggu lalu.

Ketua Menteri Delhi, ibu negara India, semalam berkata kerajaan tidak mahu melaksanakan perintah berkurung tetapi akan mempertimbangkan langkah drastik sekiranya katil hospital semakin penuh.

Katanya, 65 peratus jangkitan baharu COVID-19 membabitkan mereka yang berumur di bawah usia 45 tahun.

India selaku negara pengeluar vaksin terbesar dunia, memperlahankan eksport berikutan lonjakan kes di beberapa negeri, sekali gus memberi amaran bahawa dalam beberapa hari ini stok mereka akan habis.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, semalam melancarkan ‘pesta vaksin’ selama empat hari bagi memulakan ‘pertempuran kedua menentang COVID-19’ dalam usaha mempercepatkan program imunisasi vaksin yang perlahan. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: