Terkini

Pengasas ESW kemuka saman fitnah RM 1 juta kepada bekas ejen

Pulau Pinang – Pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin), mengemukakan saman RM1 juta terhadap bekas ejen yang menfitnah dan melemparkan kata-kata kesat kepada beliau.

Tindakan tegas itu diambil bagi membersihkan nama baiknya termasuk pengurusan ESW, kerana beliau berpendapat fitnah adalah satu perbuatan berat dan tidak boleh dipandang remeh.

“Fitnah dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, malah reputasi syarikat secara keseluruhannya.

“Tempias ini turut dirasai ejen ESW yang mahu mencari rezeki tetapi kerana fitnah ‘periuk nasi’ mereka terjejas,” katanya ditemui di Mahkamah Sesyen & Majisret Butterworth.

Diwakili peguam beliau, Hussin Othman dari syarikat guaman Hussin Othman & Co , ahli perniagaan berusia 27 tahun itu menjelaskan, isu berkenaan timbul sekitar April 2020 semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama (PKP 1.0).

“Jualan mendadak naik, namun
kekangan untuk mendapatkan bekalan produk dari kilang, disebabkan pelaksanaan PKP 1.0 yang ketat, menjadi punca utama fitnah ini berlaku.

“Apabila bekalan produk tidak mencukupi dan tidak boleh diproduksikan oleh kilang kerana PKP, saya dan syarikat di tuduh makan duit ejen selain dilemparkan dengan kata-kata kesat.

“Peliknya semua ini disebarkan menerusi ruangan whatsapp tanpa bertanyakan secara empat mata atau menulis aduan kepada saya untuk sama-sama menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya yang mempunyai sebanyak 20,000 ejen.

Difahamkan kes ini masih lagi berjalan, dan perbicaraan yang ke-2 akan bersambung pada September depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: