Hiburan

Abu Bakar Omar meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir di Kedah Medical Centre pada pukul 9.04 pagi tadi.

Anaknya, Zainuddin berkata, bapanya meninggal dunia akibat masalah jantung dan beberapa hari sebelum Allahyarham ada mengadu kepenatan.

“Malam tadi kami ada ke hospital selepas ayah mengadu kepenatan. Selepas diperiksa, doktor ada memaklumkan jantung ayah seperti ada masalah.

“Bapa saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik. Malam tadi pun boleh berbual-bual lagi,” katanya.

Jenazah pelakon veteran itu akan diuruskan di kediamannya di Kampung Bukit Nyamuk Kuala Nerang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat asar.

Pelakon yang popular menerusi drama dan filem pecah panggung antaranya Fenomena, Cinta Kolestrol dan Hingga Hujung Nyawa ini meninggal dunia di usia 73 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: