Terkini

PKP: Perlu dapat surat kebenaran pergerakan baharu

KOTA BHARU – Orang ramai perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan tujuh daerah di negeri ini yang berkuatkuasa, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata jika masih menggunakan surat kebenaran untuk pergerakan sebelum ini, pihaknya bimbang akan berlaku salah guna.

“Jika surat itu masih sah, kita nasihatkan agar mereka mendapatkan yang baharu kerana selain sudah lusuh, ia juga berbentuk salinan dan bukannya asal, kita khuatir akan ada yang mengambil kesempatan.

“Mungkin mereka akan gunapakai borang lama kerana seperti mana yang kita maklum, kalau pergerakan untuk perniagaan, kita benarkan sebab untuk menjana ekonomi.

“Bagaimanapun, jika masih berdegil (dapatkan surat kebenaran baharu), kita akan kenakan tindakan kompaun,” katanya kepada pemberita di sekatan jalan raya bawah Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, hari ini.

Beliau berkata, sekatan sempena PKP kali ini akan diperketatkan selaras dengan saranan pengurusan tertinggi yang hanya membenarkan kes tertentu sahaja dibenarkan membuat pergerakan rentas daerah atau negeri.

Katanya lagi, ia bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan dokumen atau sebagainya dan diharapkan orang ramai dapat mematuhi syarat yang dikenakan.

“Sebab itu pemeriksaan di sekatan jalan raya kali ini diperketatkan dan saya harap orang ramai tidak merungut jalan raya sesak kerana memang tugas kita menyekat kenderaan yang tidak ikut peraturan,” katanya.

Terdahulu, beliau membuat pemantauan pada hari pertama pelaksanaan PKP di samping mengambil kesempatan bersahur bersama petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya berkenaan.

Mengulas perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, mukim Wakaf Bharu, Tumpat yang bermula hari ini sehingga 29 April, Shafien berkata, seramai 30 anggota polis dengan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditugaskan di lokasi itu.

Beliau berkata, sebelum diisytiharkan PKPD lagi pihaknya sudah menjalankan sekatan agar tiada

pergerakan keluar masuk di sekolah terbabit.

“Kawasan itu agak mudah dikawal kerana sekelilingnya memang berpagar dan seramai 15 anggota penguatkuasa ditugaskan setiap syif dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: