Terkini

SKMM minta FB, Twitter, YouTube turunkan video raya iklan judi

Kuala Lumpur – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata mereka telah berkomunikasi dengan penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan video raya yang mempromosikan judi.

Penurunan akan dibuat berdasarkan terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan syarikat itu, yang berpangkalan di luar negara. 

Terdahulu, dalam video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai iklan yang dikongsikan di dalam kumpulan WhatsApp sejak malam tadi.

Katanya, klip berdurasi dua minit itu memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.

Menurutnya, iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri lebih tiga minggu lagi.

“Saya dimaklumkan iklan itu berkaitan dengan kasino secara online yang sudah pun dipromosikan sebelum ini.

“Ini sudah pasti mengundang sensitiviti umat Islam kerana kita sedang berpuasa di bulan Ramadan dan disajikan dengan iklan yang bercanggah dari segi agama,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: