Gaya Hidup

Sonno lancar cadar eucalyptus, beri keselesaan ketika tidur

Kuala Lumpur – “Sleep well, live better” sentiasa menjadi misi untuk Sonno. Raya kali ini, Sonno telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Sonno bed sheets (Cadar). Sonno bed sheets direka untuk memberikan tidur yang nyaman dan dingin. Sudah tentu ini adalah sempurna untuk mana-mana bilik tidur lebih lagi
dengan cuaca yang panas di Malaysia, tidak kira siang atau malam. Sehubungan dengan itu, kain kami diperbuat daripada serat (TENCELTM) Eucalyptus yang menyerap lembapan 70% lebih banyak berbanding kapas.

Kesan Hidrofilik yang ada pada Sonno Eucalyptus Sheet ini membuatkan penyerapan yang lebih efisien dan sekaligus memberikan anda berasa dingin sewaktu tidur.

“Kualiti produk adalah sangat penting bagi kami. Dengan itu, kami telah bekerja keras membuat penyelidikan dan mencari tekstil paling lembut dan berkualiti sejak 2019. Kami mencipta produk ini untuk menyelesaikan masalah
orang yang tidur dalam cuaca panas. Sonno bed sheets sangat sempurna untuk iklim di Malaysia.” Fabio Miceli, Pengasas Sonno Malaysia Sdn Bhd

Cadar ini diperbuat daripada 100% bahan serat batang pokok eucalyptus yang membuatnya pilihan cadar semula jadi yang mesra alam. Serat eucalyptus ini lembut seperti sutera dan akan menjadi lebih lembut dengan setiap basuhan dan direka bentuk untuk tahan lebih lama daripada cadar kain kapas biasa.

Sonno bed sheets mempunyai tiga warna yang menenangkan dan estetik: Ilusion Blue, Navy Blue dan Nimbus Cloud yang mudah dipadankan dengan mana-mana warna bilik tidur. Sonno bed sheets boleh didapati dalam saiz
Single, Super Single, Queen atau King dan boleh dibasuh dengan mesin basuh air sejuk dan dikeringkan dengan mesin pengering dengan suhu yang rendah.

Sonno tahu ianya mengambil masa untuk tahu cadar ini sesuai dengan anda atau tidak, sebab itu Sonno memberi pelanggan tempoh pemulangan 30 malam dan jaminan pengembalian wang jika anda mahu membuat pemulangan. Sonno juga akan menguruskan pengambilan balik dari pelanggan dengan mudah.

Selain boleh membuat anda berasa dingin, bahan ini juga tidak menimbulkan alahan, jadi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kini boleh tidur dengan lebih selesa. Sonno bed sheets berharga dari RM199, manakala yang set adalah dari RM299 – RM779. Sonno bed sheets boleh dibeli di laman web Sonno atau laman web rakan kongsi kami di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: