Terkini

Karya ‘terbakar’ pelukis Malaysia hiasi muka hadapan Time Magazine

KUALA LUMPUR –  Hasil karya pelukis Malaysia, Red Hong Yi, akan menghiasi di muka hadapan keluaran edisi khas Time Magazine berkenaan perubahan cuaca pada 26 April depan.

Dalam catatan terbaharu di akaun Instagram miliknya, Red berkata dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk melekatkan mancis pada karyanya itu yang kemudiannya dibakar.

“Inspirasi disebalik karya ini adalah daripada masalah perubahan cuaca yang perlu ditangani.

“Melalui karya ini, saya ingin menunjukkan apa yang berlaku di mana-mana tempat di dunia ini akan memberi kesan kepada tempat lain,” katanya dalam temu bual bersama Time.

Foto karya tersebut diambil oleh pengasas bersama Women Photographers Malaysia, Annice Lyn.

Tahun lepas Red mengutarakan isu rasisme dengan memaparkan pelbagai juadah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kota Kinabalu.

Pelukis kelahiran Sabah ini memulakan kariernya sebagai seorang arkitek sebelum meneruskan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang arkitek di Universiti Melbourne.

Karyanya pernah dipamerkan di beberapa lokasi di seluruh dunia termasuk H Queens di Hong Kong, Muzium Karya Asia di San Francisco, Forum Ekonomi Dunia di Davos, Muzium Anchorage di Alaska dan di Bank JP Morgan Chase.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: