Politik

Jika UMNO Terengganu bertanding, ibarat menempah maut

Putrajaya – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi memberi komen mengenai pendirian UMNO Terengganu yang bakal bertanding di seluruh negeri itu pada PRU 15 nanti.

Jelasnya, “UMNO berkerjasama dengan PAS dan bersetuju agar tidak berlaku pertembungan 3 penjuru, kalau ianya berlaku saya yakin itu tidak akan dipersetujui di peringkat pusat”.

“Kalau diteruskan juga beerti ia menempah maut” tegasnya.

Beliau turut menambah mesyuarat perundingan Muafakat Nasional diadakan dua kali sebulan bagi berbincang dari masa ke semasa.

“Tindakan Umno Terengganu ini bakal mewujudkan ketidak menangan bagi PAS, UMNO dan Bersatu dan saya yakin ini tidak akan dipersetujui di peringkat pusat.

“Kita ada Muafakat Nasional dan mesyuarat perundingan antara dua parti diadakan juga dan secara optiknya menggambarkan PAS-UMNO sentiasa bersama dalam Muafakat Nasional seperti mana PAS dengan Perikatan Nasional yang kini mentadbir negara” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa kementerian bersama media di Putrajaya.

Terdahulu, UMNO Terengganu sekali lagi mengulangi pendirian akan bertanding di semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, fokus dan gerak kerja UMNO negeri kini tertumpu ke arah pertandingan di semua kawasan. 

Bagaimanapun, katanya, demi kestabilan politik dan negara, parti itu akur dengan apa jua keputusan pucuk pimpinan berhubung agihan kerusi dengan rakan komponen Muafakat Nasional (MN), Pas. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: