Terkini

19 sekolah di Selangor diarah tutup

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarah tutup, bermula semalam selepas kes jangkitan COVID-19 dikesan berlaku di sekolah terbabit.

Melalui surat pekeliling dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, arahan penutupan itu dilaksanakan bagi membolehkan kerja pembasmian kuman dan saringan kontrak rapat dilakukan.

Sekolah yang diarahkan tutup adalah Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari Subang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Perdana, SK Bandar Baru Sri Damansara 2, SK Bukit Kuchai dan SMK Bandar Sri Damansara 2.

Turut diarahkan tutup adalah SK Bandar Sri Damansara 3, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, SMK Damansara Jaya, SK Bukit Jelutong, SMK Seksyen 7, SK USJ 20, SMK USJ 23, SMK Puchong dan SMK Puchong Utama 1.

Selain itu, SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, SMK Bandar Puncak Jalil, SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Susulan itu, pihak sekolah diarahkan menjalankan proses nyahkuman selain memastikan kontak rapat kepada kes positif, dikuarantin.

Kesemua sekolah terbabit diarahkan tutup mengikut Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bermula hari ini sehingga satu tarikh yang dimaklumkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: