Terkini

Tiga ditahan terbabit dua lagi iklan judi raya

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata semua suspek berusia 21 hingga 42 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima dua laporan membabitkan isu video berdurasi 48 dan 30 saat itu.

Katanya, ketiga-tiga suspek masing-masing dua wanita dan seorang lelaki akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi (menyebarkan) video itu. Perbuatan berkenaan bukan saja menyalahi undang-undang, tetapi juga boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam.

“Kita tidak akan berkompromi ke atas semua pihak yang terbabit dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video ini serta tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lima individu termasuk suspek utama terbabit dalam pembikinan video iklan perjudian Hari Raya diberkas kelmarin.

Semua mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam dua video mempromosi aktiviti judi dalam talian yang dikesan tular di laman sosial sejak minggu lalu.

Dua video mempromosi aktiviti judi atas talian itu menggunakan website IBO003 dan Bet333, memaparkan beberapa individu berada dalam kesempitan wang secara tiba-tiba menjadi kaya selepas membuka laman web perjudian berkenaan, sebelum dapat berhari raya di kampung halaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: