Terkini

KKMM pergiat liputan internet ke perkampungan orang asli

SEREMBAN – Masyarakat Orang Asli tidak pernah terkecuali daripada radar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), terutama dalam aspek kemudahan liputan internet, bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.

Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat turun padang, bagi mengetahui permasalahan golongan minoriti termasuk menjadikan Perkampungan Orang Asli Kampung Jeram Kedah dekat sini, sebagai lokasi pertama bagi program Jelajah Pembudayaan Literasi ICT.

“Ini bertujuan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus permodenan, serta mampu berdaya saing dengan masyarakat arus perdana, selain mereka dapat merasai kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Jadi tumpuan kita akan ke kawasan luar bandar untuk memastikan mereka mendapat kemudahan capaian internet yang baik, selain mempertingkatkan pengetahuan ilmu ICT dalam keadaan norma baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Pembudayaan Literasi ICT dan Khidmat Masyarakat Orang Asli, di sini hari ini.

Beliau berkata semasa program anjuran Institut Strategi Antarabangsa, program berkenaan juga akan diperluas ke negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, selain meminta pihak swasta untuk turut membantu dalam program membudayakan ICT dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: