Terkini

Yayasan Ihsan Rakyat santuni 100 asnaf pangsapuri Sri Penara

Kuala Lumpur- Sebanyak 100 penerima dari warga pangsapuri Sri Penara, Cheras di bawah kategori asnaf menerima sumbangan barangan keperluan asas dalam program Kasih Ramadan yang dikenali My#Infaqinsan.

Program sumbangan ini dijayakan oleh Yayasan Ihsan Rakyat khususnya untuk membantu golongan kurang berkemampuan yang telah mula dilakukan sejak enam tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ihsan Rakyat, Datuk Hajjah Rozzana Dato Haji Rahmat yang memegang prinsip berkongsi rezeki kepada yang memerlukan berkata program ini merupakan kesinambungan kepada siri my #infaqihsan sebelum ini yang disumbangkan kepada 60 asnaf di Taman Maluri, bantuan untuk Masjid Al-lmam Ash-Shafie, sumbangan kepada 60 golongan orang kurang upaya (OKU} di Kampung Baru dan 60 asnaf di Gerik, Perak.

Penerima akan menerima sumbangan barangan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak, sardin, Milo, Maggi, barli, kopi dan teh.

Pihak yayasan turut menyediakan 100 plastik berisi susu kurma, susu coklat, bijirin sarapan koko krunch dan roti untuk diedarkan kepada kanak kanak semasa ‘walkabaout’.

“Alhamdulilah, program infak ini dipermudahkan sepanjang bulan Ramadan dan pihak yayasan akan sentiasa kehadapan membantu golongan yang memerlukan untuk bersama sama berkongsi rezeki”

“Kali ini kami sediakan 100 plastik sumbangan berbentuk makanan kesihatan kepada kanak kanak sesuai untuk nutrisi peringkat umur mereka bagi bersahur mahu pun berbuka puasa” katanya.

Menurut Rozzana, beliau bersama pasukannya juga telah mengatur beberapa siri infak sepanjang Ramadan ini di beberapa kawasan.

“Awalnya, kami telah membuat perancangan bagi penyerahan sumbangan ke selatan dan Pantai Timur, namun akur dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mengumumkan PKPD

di beberapa kawasan disitu, jadi buat masa ini program hanya bertumpu untuk asnaf dan anak yatim di sekitar Lembah Kelang terlebih dahulu’.

“Insya Allah, pihak kami sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan berharap apabila keadaan kembali pulih, program ini dapat diperluaskan kembali seperti yang telah dirancangkan ” katanya.

Majlis serahan sumbangan disempurnakan oleh Dato’ Haji Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

“Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Yayasan Ihsan Rakyat kerana sudi datang ke kawasan saya untuk menghulurkan sumbangan.

“Saya juga mengalu-alukan sokongan dan sumbangan dari mana-mana NGO atau sesiapa sahaja yang sudi membantu terutama golongan asnaf lebih-lebih lagi ketika waktu pandemik ini yang secara dasarnya ramai terkesan dari segi pendapatan” katanya kepada media.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: