Terkini

Perak beri RM1,000 kepada penjawat awam

IPOH – Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar kira-kira seminggu selepas perayaan itu.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad, berkata pembayaran pada 20 Mei itu selepas mengambil kira gaji bagi April yang dibayar pada 21 April lalu, manakala gaji pada Mei ditetapkan pada 6 Mei.

“Perkara ini saya sudah umumkan sewaktu majlis berbuka puasa bersama kakitangan kerajaan negeri pada Jumaat lalu, yang mana mereka boleh menggunakan dahulu wang gaji untuk membeli persiapan Aidilfitri sementara menunggu bantuan dikreditkan.

“Kalau kita bagi juga sebelum raya, …habis kerajaan negeri. Jadi kita setuju untuk luluskan (bantuan) yang akan dibayar secara sekali bayar pada 20 Mei nanti,” katanya ditemui pada program gotong-royong memasak dan agihan bubur lambuk anjuran Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Setiausaha Agung AUEGCAS, Amir Hamzah Yakat Ali.

Sementara itu, Amir Hamzah meminta kakitangan awam bagi enam skim perkhidmatan berasaskan tugas perkeranian untuk menyertai AUEGCAS. Skim itu termasuk pembantu tadbir (PT) perkeranian, PT operasi, PT kewangan, pegawai khidmat pelanggan, pembantu setiausaha pejabat, dan pembantu pengurusan murid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: