Terkini

Gelaran Datuk Seri, Nicky Liow ditarik balik

Kuantan – Kerajaan Pahang mengumumkan gelaran Datuk Seri dikurniakan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee ditarik balik dan dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, turut ditarik balik dan dibatalkan kurniaan Datuk kepada adik Nicky Liow, Liow Wei Loon.

Katanya, penarikan darjah kebesaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu berkuatkuasa pada 21 April lalu.

“Penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran dikurniakan dan perlu mengembalikan darjah kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu perlu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: