Terkini

Polis singgah rumah ramai tetamu Aidilfitri

KUCHING – Polis akan meningkatkan rondaan dan pemantauan di taman perumahan serta kampung terutama pada perayaan Aidilfitri bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, ia bagi memastikan tidak ada yang berkumpul beramai-ramai menyambut perayaan itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Kami akan meningkatkan rondaan dan akan membuat pemeriksaan terhadap rumah yang didapati ramai orang berkumpul.

“Langkah ini bukan baharu kerana tindakan sama turut dijalankan pada sambutan Aidilfitri tahun lalu, begitu juga dengan perayaan lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rabu lalu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar, menegaskan polis akan membuat pemeriksaan mengejut rumah ke rumah pada perayaan Aidilfitri bagi memeriksa kebenaran surat rentas negeri.

Ini kerana kemungkinan ada yang cuba meloloskan diri dengan melakukan rentas negeri untuk beraya di kampung halaman masing-masing.

Sementara itu, JPBN Sarawak tidak membenarkan pergerakan antara zon di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sehingga 10 Mei ini.

Larangan itu dijangka berlanjutan sehingga perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 13 Mei berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih membimbangkan dengan Sarawak masih mencatat jumlah jangkitan harian yang tinggi.

Sebanyak 18 zon disenaraikan terbabit dalam penguatkuasaan larangan itu iaitu Zon Kuching yang merangkumi bahagian Kuching, bahagian Samarahan dan bahagian Serian.

Zon Sri Aman pula meliputi seluruh bahagian Sri Aman manakala Zon Sarikei meliputi bahagian Sarikei dan bahagian Betong.

Kawasan lain ialah Zon Mukah, Zon Bintulu, Zon Miri, Zon Beluru, Zon Subis, Zon Telang Usan, Zon Marudi, Zon Limbang, Zon Sibu, Zon Kanowit, Zon Selangau, Zon Kapit, Zon Song, Zon Belaga dan Zon Bukit Mabong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: