Kuala Lumpur – SoniXpress melancarkan program tanggung jawab korporat (CSR) dengan pengagihan kurma di sekitar bandaraya Kuala Lumpur terutama di Jalan Tunku Abd Rahman. Program ini bermula pada jam 5.30 petang di hadapan pasaraya Sogo dan Pertama Kompleks dengan penglibatan pekerja dari SoniXpress sendiri.
Dengan konsep berkongsi rezeki, seramai 15 rider dari Sonixpress bersama-sama menghulurkan sumbangan kurma sebanyak 800 bekas kepada orang ramai berhadapan SOGO di Jalan TAR.

SoniXpress akan mula beroperasi dalam seminggu lagi dan telah mempunyai 200-300 rider di lembah Kelang. SoniXpress menyasarkan mempunyai 5 ribu rider pada bulan 6 dan mempunyai 10 ribu pengusaha makanan dan peniaga-peniaga yang berkerjasama. En. Rashidi Ramli , Pengarah SoniXpress Berhad.
Bersaing dengan cara tersendiri akan memastikan kebajikan rider yang berkhidmat terjaga sepenuhnya. Penghantar atau rider akan menikmati insensif-insensif menarik seperti insuran berkelompok, servis, tukar tayar dan insensif lain secara percuma.

Selain penghantar makanan, SoniXpress akan memperkenalkan QR Menu dan pembayaran secara dalam talian.

SoniXpress berharap akan membantu orang ramai pada musim pandemik ini dan akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pengusaha makanan, rakan kongsi, rider dan semestinya pengguna.