Kuala Lumpur – Sempena perayaaan Aidilfitri 1422/2021 ini menjelang tiba, sekali lagi Al-Ikhsan Sports dibawah Kumpulan Al-Ikhsan menawarkan Festival Jualan Hari Raya 2021.
Festival ini berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 29 April sehingga 09 Mei 2021 dari jam 10pagi ke 12malam.

Dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Irmohizam bin Ibrahim Executive Director, World Trade Centre Kuala Lumpur turut serta bersama Asmawi Ani (Mawi World) dan Dato Fizz Fairuz yang merupakan duta rasmi Al-Ikhsan.

Festival ini bermula 29 April sehingga 09 Mei 2021 ini bakal menemui pengunjung dengan pelbagai barangan sukan seperti kasut, jersi, beg, sandal pelbagai jenama antarabangsa.

Al-Ikhsan turut menawarkan diskaun sehingga 80% untuk barangan terpilih.
