Terkini

Tanggapan vaksin untuk kanak-kanak jadikan orang ramai sangsi: Pakar

KUALA LUMPUR – Tanggapan umum bahawa budaya vaksinasi biasanya hanya dikaitkan dengan golongan kanak-kanak, menyebabkan ramai rakyat Malaysia masih berasa sangsi dengan vaksinasi Covid-19, kata pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi & Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip.

Beliau berkata, masyarakat Malaysia kini perlu membiasakan diri dengan budaya menerima vaksin bagi menjamin rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan.

Katanya, di Malaysia biasanya apabila sebut sahaja mengenai vaksin, ia sering dikaitkan dengan kesihatan kanak-kanak, jadi apabila negara berhasrat memberikan vaksin kepada hampir seluruh populasi atau 80 peratus penduduk negara, ia mengejutkan ramai.

Beliau berkata demikian dalam sesi webinar bertajuk ‘Vaksin vs Covid-19: Mana lebih Mudarat?’ menurut Science Media Centre Malaysia (SMC) dalam satu kenyataan pada Sabtu. Sesi webinar itu disiarkan secara langsung di akaun Facebook SMC, baru-baru ini.

Sementara itu Dr Masita berkata, terdahulu penerima vaksin harus bersikap jujur kepada pegawai kesihatan yang menyaring sebelum mereka mendapat suntikan, bagi memastikan vaksin yang diterima itu selamat dan berkesan.

“Jadi kalau pegawai kesihatan bertanya mengenai latar belakang kesihatan, maka kita perlu jujur dan jangan berbohong. Kalau selepas disaring dan didapati tidak dibenarkan mendapatkan suntikan pada hari berkenaan, ia tidak bermaksud mereka tidak layak untuk divaksinasi. Ini kerana kita hendak pastikan bahawa mereka yang menerima vaksin itu stabil serta untuk mengelakkan tindak balas imun bercampur,” katanya.

Menurut pakar penyakit berjangkit, Profesor Datuk Adeeba Kamarulzaman pula, kesan sampingan yang dialami penerima vaksin merupakan perkara biasa yang akan dihadapi oleh seseorang individu.

“Malah, ia merupakan petanda positif, yang bermakna tubuh penerima sedang bertindak balas dengan vaksin, namun jika seseorang itu tidak mendapat kesan sampingan vaksin, ia juga tidak bermaksud tubuh badan seseorang itu tidak memberikan respons terhadap vaksin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: