Kuala Lumpur – FWD Insurance Berhad (“FWD”) telah memperluaskan perlindungan insurans kepada lebih 250,000 individu, terutamanya daripada komuniti berpendapatan rendah dan golongan yang kurang mendapat perlindungan di Malaysia, menerusi penyelesaian perlindungan yang mudah dan mampu milik bagi memastikan perlindungan kewangan lebih mudah diakses oleh mereka yang memerlukannya.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen FWD sebagai syarikat insurans inklusif dalam membantu merapatkan jurang perlindungan di Malaysia, khususnya dalam kalangan segmen B40 yang kadar pemilikan insurans dan takafulnya masih rendah walaupun berdepan risiko kewangan yang lebih tinggi. Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar penembusan insurans dan takaful dalam kalangan populasi B40 yang bekerja hanyalah 30.3%, berbanding 50.4% bagi keseluruhan populasi bekerja di Malaysia, sekali gus menunjukkan jurang perlindungan yang ketara dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah. BNM turut menyatakan bahawa keluarga B40 lebih terdedah kepada kejutan kewangan berikutan simpanan yang terhad dan tahap daya tahan kewangan yang lebih rendah.
Bagi menangani cabaran ini, FWD memberi tumpuan kepada pembangunan produk yang menghapuskan halangan utama dalam mendapatkan perlindungan insurans, termasuk isu kemampuan, proses permohonan yang rumit dan keperluan penilaian perubatan.
Antara penyelesaian yang ditawarkan ialah Qaseh Bakti Plus, pelan insurans kesihatan yang menyediakan manfaat tunai hospital serta manfaat kematian akibat kemalangan dan bukan kemalangan. Pelan ini menawarkan jaminan penerimaan dan boleh dimiliki pada serendah RM0.17 sehari, menjadikannya mudah diakses oleh individu dan keluarga yang memerlukan perlindungan kewangan asas. Turut ditawarkan ialah Qaseh Murni, pelan insurans mampu milik yang menyediakan manfaat tunai hospital semasa kemasukan ke hospital serta manfaat kematian akibat kemalangan dan bukan kemalangan, bagi membantu mengurangkan tekanan kewangan ketika berdepan cabaran hidup yang tidak dijangka. FWD turut menawarkan Qaseh Setia, pelan insurans hayat mampu milik yang menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), selain manfaat perbelanjaan pengebumian sehingga RM3,000. Dengan premium bermula daripada hanya RM70 setahun, pelan ini menawarkan proses permohonan yang mudah tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan. Pelanggan yang layak juga menerima subsidi RM50* daripada FWD untuk membeli Qaseh Setia, sekali gus membantu mengurangkan kos mendapatkan perlindungan hayat yang penting.
Mak See Sen, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance Berhad, berkata “Di FWD, kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat akses kepada perlindungan kewangan yang mampu milik bagi membantu mereka menghadapi ketidaktentuan hidup dengan lebih yakin. Mencapai lebih 250,000 individu menerusi penyelesaian perlindungan inklusif kami merupakan satu pencapaian yang bermakna, namun pada masa yang sama mengingatkan kami bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Ramai isi rumah berpendapatan
rendah masih berdepan risiko kewangan apabila berlaku penyakit, kemalangan atau kehilangan sumber pendapatan utama. Melalui penyelesaian seperti Qaseh Bakti Plus dan Qaseh Setia, kami berusaha menjadikan insurans lebih mudah difahami, lebih mudah diakses dan lebih mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang sebelum ini kurang mendapat perlindungan. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk membantu merapatkan jurang perlindungan negara dan memperkukuh daya tahan kewangan komuniti di seluruh Malaysia.”
Seiring dengan usaha memperluaskan lagi jangkauannya di seluruh negara, FWD kekal komited dalam menyediakan penyelesaian perlindungan yang berteraskan keperluan pelanggan, menjadikan perlindungan lebih mudah difahami, mudah diakses dan relevan dengan keperluan harian rakyat Malaysia.
Qaseh Bakti Plus, Qaseh Murnidan Qaseh Setia diedarkan secara eksklusif menerusi rakan bancassurance FWD, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN).
