Terkini

AstraZeneca ditawar sukarela di seluruh negara

PUTRAJAYA – Pemberian vaksin AstraZeneca secara sukarela yang dibuka bermula semalam, akan diperluaskan ke seluruh negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata berdasarkan pendaftaran mendapatkan vaksin jenis itu yang menyaksikan semua 268,800 dos dipenuhi dalam tempoh tiga jam semalam, pihaknya akan memperluaskan tawaran ke seluruh negara.

Katanya, ia bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet dan laman sesawang diiklankan.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, penawaran secara sukarela bagi vaksin jenis itu dibuat selepas pihaknya mendapati sehingga 8,000 individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membatalkan pendaftaran masing-masing selepas mengetahui AstraZeneca antara vaksin ditawarkan.

Katanya, ada juga yang tidak hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima suntikan masing-masing.

“Selepas kerajaan mengumumkan pemberian AstraZeneca dibuat secara sukarela, sehingga 80 peratus mereka yang membatalkan pendaftaran kembali mendaftar melalui PICK.

“JKJAV akan menilai semua pembatalan itu dengan mendalam dan laporannya akan diumumkan kelak,” katanya.

Dalam usaha kerajaan memberi maklumat kepada rakyat mengenai vaksin keluaran AstraZeneca, Khairy berkata, kerajaan tidak mahu menjejaskan pelaksanaan PICK yang menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech serta Sinovac.

Katanya, insiden pembatalan pendaftaran dan tindakan sesetengah penerima tidak muncul di PPV untuk mendapatkan vaksin masing-masing adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Mungkin tiba satu keadaan walaupun sains dimaklumkan dengan berkesan kepada rakyat, ia tidak mampu menyaingi teori konspirasi,” katanya.

Ditanya jika tindakan kerajaan Sarawak menolak pemberian AstraZeneca memberi kesan kepada penduduk negeri itu yang mahukannya, Khairy berharap keputusan itu dipertimbangkan semula.

Katanya, ia wajar dilakukan dengan menilai sambutan penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor apabila pendaftaran untuk mendapatkannya secara sukarela dibuka semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada kerajaan Sarawak dan pihaknya bersedia membuka PPV untuk AstraZeneca di negeri itu sekiranya mereka terbuka menerima vaksin berkenaan.

Beliau berkata, Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menjangkakan lebih banyak vaksin jenis AstraZeneca tiba dalam bulan mendatang, dengan sejumlah 1.1 juta tempahan kedua dari fasiliti COVAX akan diperoleh bulan ini.

Katanya, ia akan terus ditawarkan secara pengambilan sukarela.

“Program pertama yang dibuka semalam hanya untuk Selangor dan Kuala Lumpur tetapi saya menyedari ia memberi cabaran kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet dan laman sesawang yang dinyatakan.

“Pada masa depan, kami akan mengambil kira mereka yang tidak mempunyai akses ini dan mendekati klinik komuniti bagi memastikan vaksin ini dapat ditawarkan secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, penawaran secara sukarela bagi vaksin jenis itu dibuat selepas pihaknya mendapati sehingga 8,000 individu yang mendaftar untuk mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), membatalkan pendaftaran masing-masing selepas mengetahui AstraZeneca antara vaksin ditawarkan.

Katanya, ada juga yang tidak hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk menerima suntikan masing-masing.

“Selepas kerajaan mengumumkan pemberian AstraZeneca dibuat secara sukarela, sehingga 80 peratus mereka yang membatalkan pendaftaran kembali mendaftar melalui PICK.

“JKJAV akan menilai semua pembatalan itu dengan mendalam dan laporannya akan diumumkan kelak,” katanya.

Dalam usaha kerajaan memberi maklumat kepada rakyat mengenai vaksin keluaran AstraZeneca, Khairy berkata, kerajaan tidak mahu menjejaskan pelaksanaan PICK yang menggunakan vaksin Pfizer-BioNTech serta Sinovac.

Katanya, insiden pembatalan pendaftaran dan tindakan sesetengah penerima tidak muncul di PPV untuk mendapatkan vaksin masing-masing adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Mungkin tiba satu keadaan walaupun sains dimaklumkan dengan berkesan kepada rakyat, ia tidak mampu menyaingi teori konspirasi,” katanya.

Ditanya jika tindakan kerajaan Sarawak menolak pemberian AstraZeneca memberi kesan kepada penduduk negeri itu yang mahukannya, Khairy berharap keputusan itu dipertimbangkan semula.

Katanya, ia wajar dilakukan dengan menilai sambutan penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor apabila pendaftaran untuk mendapatkannya secara sukarela dibuka semalam.

Bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada kerajaan Sarawak dan pihaknya bersedia membuka PPV untuk AstraZeneca di negeri itu sekiranya mereka terbuka menerima vaksin berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: