Terkini

PKP: Penerima vaksin boleh rentas negeri tanpa surat polis

KUALA LUMPUR – Individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19 tidak perlu surat kebenaran polis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata penerima vaksin hanya perlu menunjukkan janji temu dalam MySejahtera atau laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, perkara itu baru saja beliau jelaskan kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Penerima vaksin tidak perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySejahtera atau laman web atau SMS,” katanya dalam ciapan Twitter malam ini.

Sebelum ini, dibangkitkan dalam sidang media harian COVID-19 oleh Ismail Sabri mengenai kebenaran rentas daerah oleh penerima vaksin berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor.

Dengan pelaksanaan PKP itu, pergerakan negeri tidak dibenarkan kecuali untuk kes kecemasan, kematian dan mereka yang bekerja.

Pada 15 April laku kerajaan memberi kebenaran merentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.

Dengan kelonggaran itu mereka hanya perlu menunjukkan surat janji temu itu kepada pihak berkuasa di sempadan negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: