Terkini

Yayasan Wilayah hulur sumbangan Bantuan Prihatin Pendidikan buat anak Wilayah

KUALA LUMPUR – Sempena Majlis Berbuka Puasa Yayasan Wilayah Persekutuan hari ini, Yayasan Wilayah Persekutuan telah menyampaikan Bantuan Prihatin Pendidikan kepada beberapa pihak.

Antara bantuan yang disampaikan adalah Bantuan Awal ke Institusi Pengajian Tinggi (ITP) yang merupakan bantuan kewangan dalam bentuk one-off bernilai antara RM500 hingga RM5,000 kepada anak-anak Wilayah Persekutuan daripada keluarga berpendapatan rendah yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Awam dan Swasta di dalam atau luar negara.

Pada majlis ini, Seramai 15 orang pelajar Wilayah Persekutuan telah menerima Bantuan Awal ke IPT tersebut mengikut peringkat pengajian masing- masing.

Sehingga kini, Yayasan WP telah membantu seramai 4,300 pelajar WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dengan nilai bantuan keseluruhan sebanyak RM3,200,00

Pada hari ini, YWP turut menyampaikan sumbangan bagi Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan yang bernilai RM2.5 juta.

Program ini merupakan bantuan pemakanan yang diberi secara harian, bernilai RM5 kepada 2,500 orang murid sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Program ini telah bermula sejak tahun 2015 yang melibatkan seramai 10,000 murid dengan jumlah sumbangan sehingga kini berjumlah RM10,000,000.

Di samping itu, Yayasan Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan Skim Biasiswa Khas Anak Wilayah berjumlah RM1 juta.

Biasiswa ini adalah untuk anak-anak dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan kadar bermula RM960 hingga RM2,000 setahun, untuk anak-anak sekolah menengah di Wilayah Persekutuan yang cemerlang dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Sehingga kini hampir 4,000 pelajar WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan telah menerima manfat daripada program ini dengan nilai bantuan keseluruhan sebanyak RM5,500,000

Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam Yayasan Wilayah Persekutuan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu golongan B40 dan warga Wilayah Persekutuan yang tidak berkemampuan melalui aktiviti atau program pembangunan Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi. Malah pernah menerima Penghargaan di peringkat Kebangsaan.

Program bantuan ini disampaikan oleh Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: