Terkini

ANGKASA santuni golongan kurang berkemampuan B40

Kuala Lumpur – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) meneruskan program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) ANGKASA Prihatin COVID-19 dengan menyerahkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan harian melalui Projek Barang Asas 100 (BA100) kepada golongan kurang berkemampuan (B40) dan miskin bandar menerusi Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (INSAF Malaysia) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur hari ini,

Penyerahan disempurnakan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Encik Ishak Abdul Kadir, Pengasas/ Presiden Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (INSAF MALAYSIA) untuk diagihkan kepada 50 keluarga B40 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM2500 mengandungi barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, tepung, gula dan barang asas yang lain.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, “ANGKASA sentiasa komited memainkan peranannya sebagai badan apeks gerakan koperasi dalam menjunjung prinsip koperasi itu sendiri di mana pembangunan sosio ekonomi menjadi matlamat bagi memastikan keperluan masyarakat sentiasa dipenuhi.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, ANGKASA berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban khususnya pada waktu masyarakat masih berdepan dengan pandemik COVID-19″ katanya.

ANGKASA menerusi Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah fund menawarkan peluang bagi warga koperasi dan orang ramai untuk berinfag melalu program Infaq-Lil Waqf khususnya pada waktu 10 Ramadan terakhir ini Sehingga Mac 2021 sebanyak RM18.8 Juta jumlah kutipan infaq telah diterima bermula tahun 2010 dan sejumlah RM12.9 Juta telah diagihkan dan digunakan bagi tujuan pembangunan sosiekonomi umat Islam.

Orang ramai yang ingin berminat untuk menyumbang boleh menghubungi Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf. Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA di talian +603-7884 6672/ 6613 bagi tujuan tersebut.

ANGKASA yakin melalui sumbangan ini, ekonomi umat Islam dapan diperkukuh dan memberi manfaat kepada orang ramai yang memerlukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: