Luar Negara

Kos kuarantin dicaj dalam tiket penerbangan

RIYADH – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi semalam mengumumkan pelaksanaan prosedur baharu kemasukan bukan warganegara ke negara itu susulan kenyataan Kementerian Dalam Negeri mengenai prosedur kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan.

Menerusi surat pekeliling kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu, GACA berkata, semua pelawat yang tidak divaksin perlu menanggung kos kuarantin di pusat kuarantin yang akan dimasukkan dalam harga tiket mereka.

Memetik laporan portal Saudi Gazette, GACA meminta syarikat penerbangan untuk memastikan semua pengembara berusia lapan tahun ke atas membawa sijil ujian saringan COVID-19 yang diluluskan Arab Saudi tidak melebihi 72 jam daripada penerbangan yang dijadualkan.

Sementara itu, pelancong bukan warganegara Arab Saudi yang menerima dos penuh vaksin diluluskan Kementerian Kesihatan dibenarkan memasuki negara itu tanpa perlu dikuarantin dengan syarat mereka menunjukkan sijil vaksinasi rasmi sebelum dan ketika ketibaan mereka.

Pihak berkuasa mewajibkan syarikat penerbangan untuk menandatangani kontrak kemudahan penginapan yang dipersetujui oleh Kementerian Pelancongan untuk menampung pelancong dikuarantin untuk tujuh hari.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan kesemua pelawat yang belum divaksin dari negara yang tidak disekat kemasukan mereka akan diletakkan di pusat kuarantin bagi membendung penularan COVID-19.

Langkah itu, yang akan berkuat kuasa 20 Mei mewajibkan semua pelancong yang tidak divaksinasi untuk mematuhi prosedur kuarantin untuk tempoh tujuh hari dan mendapatkan dokumen insurans kesihatan yang sah.

Perintah kuarantin dikuatkuasakan di fasiliti di bawah pengawasan pihak kesihatan. – AGENSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: